Jumat, 30 Desember 2011

12 AZAB BAGI MEREKA YANG MENINGGALKAN SHOLAT


Dalam sebuah hadis menerangkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Barangsiapa yang mengabaikan sholat secara berjemaah maka Allah S.W.T akan mengenakan 12 tindakan yang berbahaya ke atasnya.
  I.    Tiga darinya akan dirasainya semasa di dunia ini antaranya :

Ø  Allah S.W.T akan menghilangkan berkat dari usahanya dan begitu juga terhadap rezekinya.
Ø  Allah S.W.T mencabut nur orang-orang mukmin daripadanya.
Ø  Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

II.    Tiga macam bahaya adalah ketika dia hendak mati, antaranya :

Ø  Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.
Ø  Dia akan merasa yang amat pedih ketika ruh dicabut keluar.
Ø  Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

III.    Tiga macam bahaya yang akan dihadapinya ketika berada di dalam kubur, antaranya :

Ø  Dia akan merasa susah terhadap pertanyaan malaikat mungkar dan nakir yang sangat menggerunkan.
Ø  Kuburnya akan menjadi cukup gelap.
Ø  Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari).

IV.    Tiga lagi azab nanti di hari kiamat, antaranya :

Ø  Hisab ke atsanya menjadi sangat berat.
Ø  Allah S.W.T sangat murka kepadanya.
Ø  Allah S.W.T akan menyiksanya dengan api neraka.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar